"The success & longevity of a company is only as good as the life cycle of their product(s) and the loyalty of their customers."

"By directly involving our customers every step of the way, giving them quality at affordable prices and the opportunity to earn all the marketing profits, eCosway's loyalty is UNSURPASSED!"


Monday, August 16, 2010

Apa itu Jualan Langsung/MLM?

Perniagaan MLM (Multi Level Marketing) secara mudah bermakna mengedar produk atau perkhidmatan dari syarikat kepada pelanggan melalui ahli atau pengedar. Pengedar akan dibayar bonus, mengikut tingkat, di atas usaha mereka mengedar barangan atau perkhidmatan. Jumlah bonus yang akan diterima bergantung kepada usaha masing-masing. Jesteru itu, tidak mustahil seseorang itu boleh memperolehi pendapatan yang lebih banyak dari individu yang menaja mereka.


Di dalam perniagaan jualan langsung/MLM, anda tidak akan memperolehi sebarang pendapatan jika anda tidak membuat "jualan". Anda akan memperolehi pendapatan yang amat lumayan jika anda mempunyai satu organisasi usahawan yang besar dan masing-masing membuat "jualan".


Perkataan "menjual" akan menimbulkan fikiran negatif dikebanyakkan minda orang ramai. Bagaimana kita, para usahawan perniagaan jualan langsung MLM, hendak menghadapi cabaran ini?


MLM  atau Pemasaran Pelbagai Aras atau lebih dikenali sebagai Perniagaan Jualan Langsung merupakan suatu industri yang bernilai berbilion-bilion Ringgit . Ramai usahawan jualan langsung yang telah menjadi kaya-raya dalam industri ini. Sesetengahnya menjadi jutawan setelah berkecimpung dengan perniagaan ini untuk beberapa tahun. Sesetengahnya pula hidup senang setelah menukar kerja sepenuh masa mereka dengan perniagaan jualan langsung.Namun begitu, terdapat ramai pula yang menyertai perniagaan jualan langsung ini yang GAGAL biarpun telah mencubanya sedaya upaya. Mengapa ada yang gagal dalam perniagaan ini sedangkan ada yang berjaya pula? Apa jawapan atau alasan, itu terpulang kepada anda yang menjalankan perniagaan MLM/Direct Selling.







No comments:

Post a Comment